Kool FM

Jadi Buruan Polis, Pemandu Audi Kuning Kena Penjara 6 Bulan, Denda RM2,000


Seorang pemandu Audi kuning yang tular beberapa minggu lalu kerana kerana diburu polis selepas melarikan diri ketika pemeriksaan di Plaza Tol Yong Peng Utara pada bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Memetik Berita Harian, tertuduh, Muhammad Azlisyam Azmi, 29, dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah sebelum Majistret, Arul Noval Dass, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda RM2,000.

Baca Juga:

Mahkamah juga memutuskan hukuman penjara ditambah dua bulan sekiranya bapa kepada empat anak itu gagal membayar denda dikenakan terhadapnya.

Jadi Buruan Polis, Pemandu Audi Kuning Kena Penjara 6 Bulan, Denda RM2,000
Sumber Gambar: Facebook

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menghalang penjawat awam iaitu Inspektor Muhammad Azrul Aminur Rashid Zakaria menjalankan fungsinya dengan enggan keluar dari kereta jenis Audi A5, di simpang masuk PlazaTol Yong Peng Utara, di sini, 1 tengahari, 20 Januari lalu.

Seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version