Dua pelajar tahfiz luah kekecewaan selepas hanya menerima saguhati masing-masing berjumlah RM100 untuk menjalankan tugas sebagai imam tarawih 20 rakaat selama 27 hari.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Rozaimi Kamaruddin yang memuat naik hantaran selepas dia mengetahui kisah tersebut daripada anaknya yang juga rakan pelajar tahfiz tersebut.
Baca Juga:

“Anak balik dari madrasah bercerita kawannya jadi imam terawih 20 rakaat selama 27 hari cuma diberi saguhati RM100. Lebih memilukan semua kawan-kawan yang lain dapat sehingga ribuan ringgit.
“Allahu sedihnya, nangis aku. Katanya ‘koyak’ teruk juga kawan dia tu, ye la budak lagi kan. Bukan berniat nak salahkan atau kecam sesiapa, tapi ‘come on’ la. Kita upah badut buat belon masa hari jadi anak pun bayar beribu, ini budak tahfiz kot.
“Hampir sebulan menabur bakti, sikit ke usaha dia? Jangan la cakap pasal keikhlasan ke apa, budak tu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: