Dua wakil Malaysia meneruskan kemaraan selepas berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2025.
Cabaran negara bakal digalas Wan Arif Junaidi-Yap Roy King dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang akan turun beraksi di Westenergie Sporthalle pada awal pagi esok.
Baca Juga:
Pada aksi pusingan 16, Arif-Roy King yang merupakan pilihan ketiga kejohanan menundukkan pasangan Chinese Taipei, Chang Ko Chi-Po Li Wei 21-17 22-20 dalam tempoh masa 44 minit.
Manakala, Pei Kee-Mei Xing mencipta kejutan besar apabila menewaskan Chen Xing Chen-Wang Ting Ge dari China 22-20, 21-12.
Malang bagaimanapun menimpa empat lagi wakil negara apabila Justin Hoh tewas kepada pemain perseorangan Singapura, Jason Teh 21-18, 19-21, 12-21 manakala Cheam June Wei pula tunduk kepada seorang lagi pemain dari Singapura iaitu Loh Kean Yew 21-19, 13-21, 12-21.
Pasangan beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tewas kepada wakil China, Gao Jia Xuan-Wu Meng…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: