Kempen pemain badminton negara di Terbuka Taiwan 2025 terus mencuri tumpuan dengan kemaraan Justin Hoh dan K. Letshanaa ke peringkat suku akhir.
Justin yang tidak terlalu diberikan harapan telah mempamerkan aksi cemerlang dalam menundukkan dua wakil tuan rumah iaitu Su Li-yang dan juara bertahan, Lin Chun-yi.
Baca Juga:
Petang ini pemain berusia 21 tahun itu akan berdepan satu lagi cabaran berat apabila pemain pilihan kelima kejohanan, Wang Tzu Wei menantinya.

Pemain perseorangan wanita, K. Letshanaa turut tampil dengan aksi cukup meyakinkan selepas membenam cabaran pemain pilihan kelima dari Taiwan, Chiu Pin-Chian dalam permainan berlanjutan hingga ke set penentuan.
Menantinya di suku akhir nanti ialah pemain Korea Selatan, Sim Yu Jin yang merupakan pilihan kedua serta berada di ranking ke-15 dunia.
Sementara itu, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang berpisah buat sementara turut berjaya meneruskan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: