
Tirai saingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2026 akhirnya dilabuhkan dengan 32 pasukan terbaik kini bersedia mengharungi cabaran di pusingan kalah mati yang dijadual bermula awal pagi esok.
Selepas lebih dua minggu aksi sengit di 12 kumpulan, 24 pasukan berjaya mara secara automatik selaku juara dan naib juara kumpulan. Manakala lapan lagi slot menjadi milik pasukan tangga ketiga terbaik berdasarkan jumlah mata dan rekod keseluruhan.
Berbeza dengan saingan peringkat kumpulan, setiap perlawanan di pusingan 32 membawa misi hidup atau mati. Kekalahan bermakna perjalanan di Piala Dunia 2026 berakhir.
Sebaliknya kemenangan membuka laluan ke pusingan 16 terbaik dalam usaha memburu trofi paling berprestij bola sepak dunia itu.
Beberapa pertembungan menarik dijangka mencuri tumpuan peminat apabila kuasa-kuasa besar dunia bakal berdepan lawan yang turut mempamerkan aksi cemerlang sepanjang saingan kumpulan.
Tidak kurang juga perlawanan yang dijangka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: