Tirai saingan BWF World Tour Finals 2024 di Hangzou, China bakal bermula pagi esok dengan aksi pembukaan peringkat kumpulan bagi setiap kategori.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Malaysia mempunyai enam wakil yang diketuai Lee Zii Jia (perseorangan lelaki) bersama-sama Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan duo beregu campuran iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
Baca Juga:
Sejak mula diperkenalkan pada 2018, belum pernah ada wakil dari Malaysia berjaya muncul juara kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan ini.
Dengan ketiadaan pemain terbaik dunia seperti Viktor Axelsen, Liang Wei Keng-Wang Chang, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, ini perlu digunakan sepenuhnya oleh Zii Jia, Aaron-Wooi Yik dan Sze Fei-Nur Izzuddin untuk mencipta kejayaan manis pada kali ini.
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: