Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jaga 4 Cucu Dengan Upah RM400 Sebulan, Luahan Seorang Atuk Undang Simpati Ramai

today16 June 2025

Background


Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi luahan seorang warga emas yang mengadu penat sambil menjaga cucu-cucunya yang masih kecil.

Dia turut berkongsi bahawa dia hanya menerima upah dari anaknya sekitar RM400 sebulan jumlah yang jelas tidak mencukupi untuk menampung makan minum, keperluan harian dan perbelanjaan persekolahan anak-anak kecil itu.

“Mengasuh 4 cucu, 9,7,3 dan 2 tahun selama 9 tahun. Ibu dan bapa bekerja, adalah kami diberi sedikit dalam RM400 sebulan tapi itulah tak cukup, di situlah beli jajan cucu, barang makanan, bayaran bil elektrik RM300 sebulan. Beli susu, belanja sekolah, tambang bas, pampers anak, ansuran kereta di tanggung isteri. Sedangkan kami tiada pendapatan atau pencen,” luahnya.

Luahan jujur itu mendapat perhatian ramai yang meluahkan rasa geram, bukan pada warga emas berkenaan, tetapi pada anak-anak yang lepas tangan dan sanggup bebankan ibu bapa sendiri tanpa fikir upah atau kudrat mereka yang dah uzur.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post