
Skuad kebangsaan Norway dilaporkan mengambil pendekatan unik menjelang saingan Piala Dunia apabila bukan sahaja membawa pemain, tetapi turut mengangkut “kitchen setup” lengkap bersama pasukan mereka ke kejohanan tersebut.
Menurut laporan, delegasi Norway tiba dengan bekalan makanan dalam jumlah luar biasa bagi memastikan diet pemain kekal konsisten sepanjang kejohanan. Antara yang dibawa termasuk 300 kilogram ikan, 116 kilogram keju, dan 6,000 biji oren.
Langkah tersebut dipercayai bertujuan untuk mengekalkan rutin pemakanan tradisional pemain Norway, yang menjadi sebahagian penting dalam program prestasi dan pemulihan mereka.
Selain itu, amat penting untuk pemain makan makanan yang kena ‘tekak’ supaya mereka tidak bergelut dengan pemakanan ketika berada di negara lain.
Lebih menarik, pasukan itu turut membawa chef serta tenaga pakar kulinari dari Norway untuk memastikan setiap hidangan disediakan mengikut standard pemakanan yang biasa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: