
Projek naik taraf Jajaran Redline di Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2028, membolehkan pengguna menikmati laluan yang lebih selamat dan selesa.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jajaran tersebut merujuk kepada laluan sedia ada yang tidak merangkumi pelaksanaan awal projek LPB Sarawak.
Langkah menaik taraf laluan berkenaan diambil bagi memastikan keseluruhan jajaran lebuh raya itu dapat memberi kualiti perjalanan yang optimum kepada rakyat, petik perkongsian Facebook beliau.
Menurut beliau, Jajaran Redline ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Redline Short Stretch sepanjang 17.1 kilometer (km) dan Redline Long Stretch sejauh 120 km.
“Sebelum ini, kira-kira 87 peratus daripada jajaran berkenaan merupakan jalan tunggal dua lorong bertaraf substandard.
“Kerja-kerja naik taraf ini akan mengikut spesifikasi JKR R5 yang melibatkan pembinaan jalan empat lorong dua hala, selaras…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: