Site icon Kool FM

Jakarta Larang iPhone 16 Dijual Selagi Apple Tidak Melabur Di Indonesia


Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita, mendedahkan Indonesia masih menangguh penjualan iPhone 16 di negara itu kerana Apple, masih belum memenuhi komitmen pelaburan sebanyak Rp235 bilion, lapor Tempo.

Pelaburan ini penting kerana ia membolehkan Apple mendapatkan sijil komponen domestik, atau Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN), yang diperlukan untuk menjual iPhone 16 di pasaran Indonesia.

Difahamkan bahawa sijil TKDN milik Apple telah tamat tempoh, dan proses pembaharuan bergantung pada syarikat yang diwajibkan memenuhi komitmen pelaburan.

“Oleh kerana realisasi pelaburan Apple hanya mencapai Rp1.48 trilion, kurang daripada jumlah komitmennya sebanyak Rp1.71 trilion,” kata Agus semasa Mesyuarat Pasukan P3DN Kebangsaan dan Forum Komunikasi Pasukan P3DN di Kempinski Grand Ballroom Jakarta pada Selasa.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version