Baru-baru ini, pengguna Muslim di Malaysia dikejutkan dengan satu berita panas dari seberang iaitu beberapa produk makanan dari Indonesia didapati mengandungi DNA babi, sekali gus mencetuskan kegusaran ramai, lebih-lebih lagi apabila sebahagian produk itu memiliki sijil halal.
Susulan daripada pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa Indonesia – iaitu Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak segera mengeluarkan arahan penarikan balik produk makanan yang terlibat dari pasaran tempatan, lapor Berita Harian.
Makmal Indonesia Jumpa DNA Babi
Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, hasil pemantauan makmal oleh pihak Indonesia mendapati 11 bahagian daripada sembilan produk disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Lebih membimbangkan, sembilan bahagian daripada tujuh produk itu memiliki sijil halal, manakala dua lagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: