Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JAKIM Sahkan Sandwich Inti ‘Ham And Cheese’ Tiada Sijil Halal

today13 January 2025

Background
JAKIM Sahkan Sandwich Inti 'Ham And Cheese' Tiada Sijil Halal


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk sandwich inti ‘ham and cheese’ yang tular tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Pada masa sama syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan di media sosial mengenai status halal produk sandwich inti ‘ham and cheese’ tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk terbabit bukan pemegang SPHM.

“Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah suatu kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang sudah diambil oleh KPDN,” katanya kepada

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

Pengacara di Terengganu tak kenal Joey BPR

Kuala Lumpur: “Saya jarang dapat buat persembahan di Terengganu, jadi ramai yang tidak mengenali saya,” kata penyanyi, Joey BPR berikutan seorang pengacara sebuah karnival di Jerteh, Terengganu tidak mengenalinya walaupun sebelum itu bercerita dan memuji mengenai dirinya kepada pengunjung. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 January 2025