PUTRAJAYA – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) telah bekerjasama dengan Ecosystem Sdn. Bhd. (WISE) untuk membantu melancarkan lagi operasi perluasan perniagaan ahli-ahlinya ke pasaran global, kata Pengerusi persatuan tersebut, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin.
WISE adalah sebuah syarikat tempatan bertaraf global yang mempunyai rangkaian niaga antarabangsa bagi pasaran di negara-negara Eropah terutama import dan eksport produk makanan halal.
Syarikat tersebut memiliki beberapa cawangan pejabat di luar negara seperti Australia, Hong Kong, New York, China dan Perancis.

“Sempadan negara sudah dibuka dan DPIM sentiasa membuka jalan untuk mendorong usahawan merebut peluang terutamanya dalam aspek mengeksport makanan dan minuman halal yang dilihat semakin berkembang pesat serta menguntungkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena kunjungan ahli sekretariat DPIM ke pejabat Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan mengadakan pertemuan dengan Pengarah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: