Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Jam tangan Altaf catat jualan sebanyak 30,000 unit

today28 June 2022

Background


KUALA LUMPUR – Afeeya Group Sdn. Bhd. (Afeeya), pengeluar jam tangan Islamik berjenama Altaf, mengunjurkan jualan sehingga 5,000 unit sebulan sepanjang tahun ini.

Pengasasnya, Nor Sahrizan Mohd. Wazi berkata, jam digital kombinasi azan dan kiblat itu telah terjual sebanyak 30,000 unit selepas berada di pasaran sejak 2020.

Beliau berkata, penge­luaran produk itu sejajar dengan perkembangan teknologi terkini bagi memudahkan urusan harian umat Islam beribadat.

“Jam Altaf yang dilengkapi paparan cahaya lampu LED itu bukan sekadar dijadikan sebagai petunjuk waktu sahaja tetapi akan memudahkan pengguna menentukan arah kiblat dan waktu solat secara global, memiliki kombinasi azan serta juga penanda al-Quran,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

NOR SAHRIZAN menunjukkan jam tangan berkonsepkan Islamik berjenama Altaf di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nor Sahrizan menjelaskan, idea untuk menghasilkan jam islamik itu bermula tahun 2019 selepas beliau menamatkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post