Pelakon Korea Selatan, Jang Dong-yoon bakal mengahwini kekasihnya, Kim Seung-yoon pada Oktober ini.
Artikel Berkaitan: Cristiano Ronaldo & Georgina Rodriguez Sah Berkahwin, Lima Anak Jadi Saksi
Jang Dong-yoon umum kahwin

Berita gembira itu dikongsikan Jang menerusi satu hantaran yang dimuat naik di platform media sosialnya, pada Selasa.
Pada Oktober ini, saya akan berkahwin dengan seseorang yang sudah lama bersama saya.
Menurut Jang, mereka akan mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Jang berkata, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas hubungan yang terjalin membuatkan mereka semakin rapat dan memahami satu sama lain.
Semakin banyak masa kami luangkan bersama, kami semakin mengenali dan memahami satu sama lain serta semakin menghargai satu sama lain.
Kami memutuskan untuk sentiasa berada di sisi masing-masing dan membina kehidupan yang bahagia bersama.
Jang turut memohon para peminat mendoakan kebahagiaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: