Dalam kesungguhan masyarakat menambah harta bukan sahaja daripada aset tetap dan cair, simpanan wang, saham dan pelaburan pastinya tidak ramai yang memiliki kesedaran yang tinggi untuk menguruskan dengan baik.
Malah antara mereka gagal untuk membuat hibah dan wasiat sehinggalah mereka meninggal dunia, sekali gus ia akan memberi kesan kepada waris yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan pelbagai lagi.
Lebih menyukarkan situasi apabila si mati tidak meninggalkan dokumentasi yang lengkap serta ahli keluarga dan saudara-maranya turut terjebak dengan konflik yang tidak baik sehingga menyebabkan urusan tuntutan harta pusaka tergendala bertahun-tahun.
Bersandarkan faktor tersebut, tidak hairanlah, harta pusaka yang tidak diuruskan di negara ini direkodkan sehingga lebih RM90 bilion dan ini menyebabkan satu kerugian yang besar kepada semua.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Harta Muslim Management Sdn.Bhd. (Harta Muslim), Shahrul Nizam Sabri, isu berkaitan dengan harta pusaka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
