Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Jangan Blur Lagi, Takut Kena Game Dengan Anak..” Pesanan Netizen Buat Amirul

today13 April 2021

Background

Kalau anda adalah pengikut Ain Edruce, atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, seorang pelakon dan pengacara, anda mesti pernah melihat suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa atau lebih dikenali sebagai Amirul. Hal ini adalah kerana, Ain selalu menggunakan khidmat Amirul dalam membuat kandungan video di laman sosial miliknya terutama di YouTube dan juga Instagram.

Baca juga: “Teruskan Berjuang Dan Jagalah Disiplin, Pasti Sukses” –  Titip Fasha Buat Elisya Sandha

Amirul, seorang ahi peniagaan yang mempunyai karakter yang pemalu dan juga serius kini, dikenali warganet sebagai seorang yang lucu sejak pembabitannya yang pertama lagi di dalam video YouTube yang dikongsikan oleh Ain.

Apa yang menggelikan hati ramai adalah reaksi Amirul terhadap isterinya yang sentiasa ‘blur‘. Dapat dilihat di setiap video yang dikongsi betapa janggalnya Amirul apabila dirakam isteri. Namun, dia berjaya menawan hati netizen dengan kesabaran dan kerajinannya melayan kerenah Ain.

Kini, Amirul dikatakan lebih santai dan bersahaja bercakap di hadapan kamera. Malah popularitinya boleh dikatakan setanding dengan isterinya. Namun begitu, reaksi wajahnya tetap sama – masih blur. Alahai Amirul, geli hati betul bila lihat pasangan ini bersama. Yang seorang memang periang, yang lagi seorang pula pemalu, kini dua-dua dikatakan ‘masuk air’.

Ain Edruce yang kini hamil 8 bulan masih aktif membuat content di media sosial. Malah baru-baru ini tular apabila Ain berkongsikan video menari di TikTok ketika dia sarat mengandung. Jelas Ain, video tarian di TikTok adalah salah satu sumber senaman buat dirinya supaya kekal aktif bagi melancarkan proses kelahiran nanti.

Terbaru, Ain memuat naik satu video di Instagram dengan kapsyennya: “Amirul dah nak jadi Daddy. Ada ucapan buat Amirul tak?..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Pertanyaan tersebut mendapat reaksi ramai. Netizen membanjiri ruangan komen tersebut dengan pesanan-pesanan penting buat Amirul sebelum bergelar seorang bapa. Walaupun pesanan netizen nampak penting namun bila dikaitkan dengan Amirul, jadi lucu pula.

Apa yang lebih menggelikan hati, ramai juga yang berpesan kepada Amirul supaya tak blur lagi kerana takut nanti dibuli oleh anak sendiri.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Ain Edruce dan suami. Semoga urusan dalam menimang cahaya mata baharu dipermudahkan.

Baca juga: “Memang Layak..” – Awie dan AG Terima Anugerah Di Malaysia Prestigious Industry Awards

Sumber: Ain Edruce

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

sharbi

Sukan

Sharbinee Allawee Pernah Terfikir Hendak Bersara Selepas Keluar Dari Pahang

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Penjaga gol berpengalaman, Sharbinee Allawee tidak menyangka mampu tampil dengan prestasi cemerlang dengan pasukan Sarawak United memandangkan hanya sempat menyertai dengan pasukan itu selama seminggu sebelum sepak mula Liga Premier 2021. Musim lepas, beliau beraksi dengan pasukan Sri Pahang dalam saingan Liga Super namun ekoran prestasi buruknya, kontraknya bersama skuad Tok Gajah tidak dilanjutkan... Klik untuk baca artikel […]

today13 April 2021