Alor Setar: Jabatan Perikanan Kedah menasihatkan orang ramai supaya tidak mengutip ikan yang mati di Sungai Langgar di sini, untuk dimakan kerana dikhuatiri tercemar dengan sisa bahan kimia.
Pengarahnya, Abdul Halim Marzuki berkata, pihaknya bimbang ikan yang dipercayai sudah tercemar itu akan mendatangkan kemudaratan sekiranya dimakan.
Menurutnya, jumlah ikan yang ditemui mati mencecah ratusan ekor dari pelbagai spesies dan saiz.
“Setakat ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang melakukan…