PETALING JAYA – Kerajaan harus berhati-hati dalam meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok (RUU) berhubung cadangan Dasar Penamat Generasi (GEG) kerana ia boleh memberi impak ke atas sosio ekonomi yang tidak diingini terutamanya berkaitan dengan pasaran gelap yang mencatat kes yang tinggi di Malaysia.
CMTM yang diwakili oleh British American Tobacco (Malaysia) Bhd, JT International Berhad dan Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd. berpendapat, kerajaan tidak perlu meluluskan cadangan GEG secara tergesa-gesa kerana semua pihak yang terbabit dalam isu tersebut memiliki masa yang mencukupi iaitu selama dua tahun untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, gabungan syarikat itu melahirkan perasaan mereka yang terlalu bimbang tentang RUU itu jika dibentang semula pada sesi Parlimen akan datang tanpa melakukan sebarang rundingan dengan pelbagai pihak berkaitan.
“CMTM percaya bahawa ahli baharu PSSC harus diberi peluang berunding…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
