Lorong Radio Frequency Identification (RFID) sememangnya salah satu fungsi yang memudahkan ramai pengguna plaza tol. Bagaimanapun ada segelintir pemandu yang menggunakan lorong tersebut untuk ‘scam‘ pengguna plaza tol yang lain.
Menerusi perkongsian Threads @hrzrfn dia berkongsi rakaman dashcam di mana pengalamannya berhadapan dengan situasi ‘scam RFID’.
Baca Juga:
Menurut @hrzrfn, situasi ini boleh perasan apabila kenderaan di hadapan masuk ke lorong RFID dan tersangkut kerana ketiadaan pelekat RFID pada kenderaan tersebut.
“Dia tak ada RFID sebab kalau baki tak cukup akan ada tulis ‘baki tidak mencukupi’ dekat skrin,” jelasnya.
Kemudian pemandu kenderaan hadapan langsung tidak mengundur untuk sensor mengesannya sekali.
“Jika orang lain sudah panik untuk mengundur apabila RFID tak detect, tapi dia boleh tenang tunggu di hadapan palang,” katanya lagi.
Sebaliknya dia (pemandu kenderaan hadapan) menunggu kenderaan di belakang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
