JPN menegaskan bahawa penggunaan alat elektronik untuk mengimbas data MyKad juga tidak dibenarkan kerana ia tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
“Sebarang tindakan oleh pengawal keselamatan untuk meminta atau menyimpan kad pengenalan melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
“Sebarang pemprosesan data peribadi oleh pihak swasta tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang menetapkan garis panduan dan kewajipan untuk melindungi maklumat peribadi individu,” kata JPN.
Isu ini timbul susulan tindakan seorang pengawal keselamatan di sebuah premis yang didakwa menggunakan peranti elektronik untuk mengimbas MyKad.
JPN menyarankan orang ramai supaya tidak menyerahkan kad pengenalan kepada mana-mana individu yang tidak diberi kuasa di samping untuk segera melaporkan sebarang pelanggaran hak kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: