Site icon Kool FM

Jangan Tangkap Ikan Temelian Di Sungai Pahang Semasa ‘Musim Tertutup’, Denda RM5,000 Menanti

Jangan Tangkap Ikan Temelian Di Sungai Pahang Semasa 'Musim Tertutup', Denda RM5,000 Menanti


Orang ramai dilarang menangkap ikan Temelian (probarbus jullieni) di semua sungai negeri Pahang semasa ‘musim tertutup’, selama tiga bulan yang bermula bulan ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang,  Roslan Abu Hasan berkata, larangan berkenaan dikeluarkan berikutan musim ikan terbabit bertelur dan akan berada kawasan air cetek secara berpasangan, petik Harian Metro.

Baca Juga:

“Sifat ikan temelian akan ke kawasan lubuk dan air cetek untuk bertelur secara berpasangan memudahkan nelayan darat menangkapnya hanya menggunakan jaring hanyut.

“Kita memantau beberapa kawasan di Sungai Pahang, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai bagi memastikan tidak ada individu melakukan aktiviti menangkap ikan temelian selama tiga bulan.

“Kegiatan menangkap ikan temelian yang banyak terdapat di tiga sungai terbabit akan berleluasa setiap kali tiba musim bertelur, permintaan menggalakkan dengan harga antara RM50 hingga RM70 sekilogram merancakkan lagi aktiviti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version