Site icon Kool FM

Janji Dapat Projek Selenggara Jalan Di Negeri Pantai Timur, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

Janji Dapat Projek Selenggara Jalan Di Negeri Pantai Timur, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta


Seorang pengarah syarikat berputih mata selepas mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM10 juta akibat terpedaya dengan tawaran projek penyelenggaraan jalan raya yang tidak wujud di sebuah negeri di Pantai Timur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kes penipuan berkenaan daripada mangsa pada kelmarin, petik Harian Metro.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa telah diperkenalkan kepada seorang individu pada tahun 2024 yang menawarkan peluang kerjasama bagi memperoleh projek berkenaan. Terpedaya dengan tawaran tersebut, pengadu telah melakukan dua transaksi pemindahan wang berjumlah RM10 juta ke dalam akaun peribadi suspek.

Walau bagaimanapun, hasil semakan yang dilakukan oleh pengadu pada tahun 2025 mendapati projek yang dijanjikan itu sebenarnya tidak wujud. Pengadu yang cuba mendapatkan penjelasan daripada suspek hanya diberikan pelbagai alasan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version