Pelakon dan pengacara, Janna Nick menitipkan doa dan sokongan buat individu yang membesar dalam keluarga berantakan atau broken home.

Doa Janna untuk semua

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Janna mendoakan agar golongan ini diberikan kebahagiaan serta kesembuhan daripada segala trauma masa kecil yang pernah dihadapi.

Saya doakan juga, semoga semua anak anak broken home agar diberikan kebahagiaan. Semoga segala trauma yang kalian hadapi masa kecil akan sembuh.

Janna turut berkongsi sisi peribadinya yang berasal daripada latar belakang sama.

Namun, dia memilih untuk bangkit dan terus melangkah ke hadapan demi kehidupan yang lebih baik.

Ikhlas dari Anak broken home.

Juga tiada bapa. Juga ikhlas mencari rezeki demi emak dan adik-adik yang masih bersekolah

Sumber: Instagram Janna Nick