Ketahanan iPhone sememangnya menjadi perbualan hangat lebih-lebih lagi sejak panel belakang dibuat daripada stainless steel yang tahan lasak. Namun, siapa sangka iPhone 14 Pro yang menggunakan bahan binaan itu boleh menahan impak daripada ribuan kaki di atas awan biru?
Terbaharu, telefon pintar iPhone milik penumpang pesawat Alaska Airlines ASA 1282 ditemui dalam keadaan selamat selepas terjatuh dari ketinggian 16,000 kaki.
Artikel Berkaitan:
Telefon bimbit berkenaan dilapor terjatuh dalam kejadian tingkap dan sebahagian fiuslaj pesawat Boeing 737-9 MAX tercabut ketika penerbangan dari Portland, Oregon ke Ontario, California.
“Menurut News18, kejadian melibatkan pesawat milik Alaska Airlines itu disahkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.
Apa yang menariknya dari insiden itu adalah peranti iPhone berkenaan telah berkongsi kejadian di platform X. Bahkan, telefon iPhone itu kelihatan dalam keadaan yang baik tanpa sebarang cacat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
