
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan yang dikaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Memetik Berita Harian, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baca Juga:
Jawatankuasa khas itu akan diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
“Jemaah Menteri pada hari ini membincangkan isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan Jemaah Menteri memutuskan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan.
“(Jawatankuasa khas) itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang akan menyiasat dakwaan, perkara yang dibangkitkan berkait Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini.
Jelasnya lagi, sebaik siasatan yang diketuai Ketua Setiausaha Negara itu selesai,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: