Johor Darul Ta’zim (JDT) mencerahkan peluang untuk melangkah ke pusingan 16 Asian Champions League (ACL) Elite 2024/25 selepas berjaya menundukkan Central Coast Mariners 2-1 pada aksi yang berlangsung di Gosford, Australia sebentar tadi.
Kemenangan penting itu menyaksikan JDT kini menghuni tangga kelima dengan 11 mata dengan beberapa pencabar utama, Pohang Steelers dan Shanghai Port yang sedang beraksi.
Berdepan lawan yang jelas tidak berada di prestasi terbaik dalam kancah ACL Elite mahupun A League, JDT cukup bertenaga dengan menguasai permainan sejak wisel permulaan ditiupkan pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung Jin.
Penguasaan itu bagaimanapun hanya sia-sia terutamanya pada babak pertama apabila jentera tengah dan serangan JDT gagal untuk menghadirkan percubaan berbahaya.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu mendapat peluang terbaik pada masa kecederaan babak pertama selepas Arif Aiman Mohd Hanapi mendapat hantaran lolos cantik untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: