Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JDT Dapatkan Khidmat Pemain Pertahanan Korea Selatan

today28 May 2024

Background
JDT


Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Korea Selatan bagi menghadapi separuh masa kedua saingan Liga Malaysia musim ini dan juga saingan AFC Champions League (ACL) Elite.

Perkara ini dilaporkan oleh poortal sukan Thailand iaitu SNE Sports dimana pemain yang dimaksudkan ialah Park Jun-heong yang beraksi bersama Ratchaburi FC dalam saingan Liga Thailand musim 2023/24.

Baca Juga:

Kontrak Jun-heong bersama Ratchaburi akan tamat pada 30 Jun ini dan beliau bakal melengkapkan perpindahan ke juara bertahan Liga Super itu selepas semua proses selesai.

Pemain berusia 31 tahun itu mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Portugal dan kembali bermain di Korea Selatan dengan Suwon Samsung Bluewings serta Kitchee di Hong Kong. Terbaru beliau beraksi dengan Ratchaburi FC dalam Liga Thai sejak musim 2021/22 hingga sekarang.

Ketika ini, JDT mempunyai dua pemain import di bahagian pertahanan iaitu Jordi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post