Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

JDT Dijangka Bergelar Juara Liga Super 2023 Malam Esok

today26 September 2023

Background
JDT KL City


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini hanya memerlukan satu mata lagi daripada baki lima perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super musim 2023.

Artikel Berkaitan:

Kejuaraan liga sepatutnya dikecapi Harimau Selatan lebih awal ketika menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 26 Ogos lalu tapi tertangguh selepas mencatat keputusan seri 3-3.

Mereka bakal bertemu PDRM pada malam esok di Stadium Sultan Ibrahim dan dijangka tidak berdepan masalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.

Bagaimanapun, pengendali JDT, Esteban Solari enggan memburu keputusan seri sebaliknya mengerahkan anak buahnya untuk mencatat kemenangan sekaligus mencipta sejarah di hadapan ribuan penyokong sendiri.

“Secara matematik, kita hanya perlu seri dengan PDRM FC tapi itu bukan yang kita mahu sebaliknya menang untuk menjulang piala kali ke-10 berturut-turut dan pastinya kami enggan melepas peluang terbaik cipta sejarah di hadapan penyokong…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post