Perebutan kejuaraan Piala MFL musim 2024/25 bakal dinoktahkan apabila dua aksi tumpuan berlangsung serentak malam ini.
Pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) bakal berdepan Penang FC II di selatan tanah air, Stadium Sultan Ibrahim manakala pasukan ditangga kedua Selangor FC akan melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC (KDA B) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Baca Juga:
JDT II berada di landasan terbaik untuk muncul juara, memimpin carta liga dengan 50 mata selepas menempuh keseluruhan 23 perlawanan.

Bagaimanapun, kelebihan mereka amat tipis dan hanya satu mata memisahkan skuad muda Harimau Selatan daripada pencabar utama, Selangor FC yang terus memberi tekanan di tangga kedua dalam carta Piala MFL.
Seandainya JDT II menang ke atas Penang FC II, mereka akan merangkul trofi tanpa mengira keputusan perlawanan Selangor FC. Namun, jika mereka seri atau tewas, Selangor FC masih berpeluang untuk merampas takhta dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: