Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) selaku pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) menegaskan pasukannya akan menjadi ‘underdog’ dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Kenyataan ini dibuat oleh TMJ selepas pengumuman yang dibuat oleh JDT mengenai beberapa pemain serta jurulatih pasukan itu meninggalkan pasukan secara tetap mahupun pinjaman.
Artikel Berkaitan:

“Underdog tahun depan. Akan ada ramai lagi yang akan keluar dari kelab. Proses untuk berjimat. Stadium jarang penuh. RM10 aja tiket terbuka. Apapun kita doa yang terbaik untuk kelab. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami,” kata TMJ.
Dalam satu pengumuman baru-baru ini, JDT melepaskan beberapa pemain senior yang sudah lama berkhidmat bersama kelab selain ketua jurulatih pasukan, Esteban Solari.
“JDT ingin mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada barisan kejurulatihan, pemain dan kakitangan yang akan meninggalkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
