Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JDT Keluarkan Dokumentari ‘Untamed’, Peminat Sudah Tak Sabar Mahu Menonton

today5 January 2026

Background
JDT Keluarkan Dokumentari 'Untamed', Peminat Sudah Tak Sabar Mahu Menonton


JDT mengeluarkan dokumentari khas kelab itu berjudul ‘Untamed’ yang bermaksud tidak boleh dijinakkan atau liar.

Dalam satu video ‘trailer’ khas, memaparkan beberapa tokoh penting turut ada dalam dokumentari tersebut.

Ini termasuk Khairy Jamaluddin, Bojan Hodak dan beberapa legenda atau bekas pemain JDT turut kelihatan ada dalam trailer.

Tidak lupa juga kapten legenda kelab itu, Safiq Rahim, Safee Sali dan beberapa pemain semasa kelab JDT juga ada dalam dokumentari tersebut.

Sudah tentunya pemilik kelab JDT, Tunku Ismail atau lebih mesra dengan panggilan TMJ di kalangan peminat bola sepak tempatan.

JDT menulis kapsyen:”Daripada insan yang membinanya kepada yang menyaksikannya, ini adalah kisah Johor Darul Ta’zim FC, menyampaikan setiap suara.”

Peminat rata rata sudah tidak sabar sabar mahu menyaksikan dokumentari Untamed tesebut. Terutama sekali peminat JDT yang setia bersama kelab itu sejak dahulu lagi, terutamanya pada era TMJ….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post