Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini memperkenalkan kit jersi ketiga yang cukup menarik untuk dipakai oleh pemain pada musim 2024-2025.
Menerusi rakaman video yang dikeluarkan di laman sosial kelab tersebut, jersi ketiga berkenaan diperagakan oleh penyerang naturalisasi negara, Romel Morales, Arif Aiman Hanafi, Nazmi Faiz Mansor dan tonggak baru, Jalil Elias.
Baca Juga:
Jersi ketiga JDT yang dihasilkan oleh jenama terkemuka dunia iaitu Nike itu menampilkan kelainan dengan menggunakan warna hijau sebagai warna utama.
Logo Socios.com, iaitu sebuah platform aplikasi yang menjadi penghubung dan memberi peluang ganjaran kepada penyokong kelab itu turut dipaparkan pada bahagian depan jersi tersebut.
Peminat setia JDT kini boleh mendapatkan jersi itu di kedai cenderahati rasmi kelab, JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim.
The Johor Darul Ta’zim FC 2024-25 third kit! 😍
—
Now available at JDT Direct at Sultan Ibrahim Stadium
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: