Kool FM

JDT Perkenal Kaca Mata Hitam Edisi Terhad JDT X Twinyards


Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebentar tadi telah memperkenalkan ‘buah tangan’ baharu berupa ‘Kaca Mata Hitam Edisi Terhad JDT X Twinyards’ yang hanya dijual sebanyak 500 unit sahaja.

Kerjasama dengan syarikat pengeluar kaca mata dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu adalah satu langkah strategik dalam memperkukuhkan lagi jenama JDT di peringkat antarabangsa.

Baca Juga:

Rekaan kaca mata hitam ini dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang memaparkan logo JDT serta elemen-elemen khas yang mewakili serta menyerlahkan lagi identiti pasukan.

Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers

Dengan keluaran terhad, produk terbaharu ini sudah pasti menjadi koleksi bernilai buat para peminat setia JDT terutamanya bagi mereka yang ingin menunjukkan sokongan penuh kepada pasukan bola sepak kesayangan mereka itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di JOHOR Southern Tigers, kaca mata dengan harga RM359 itu mempunyai nombor siri berbeza.

Kredit Foto: JOHOR…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version