Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan perpisahan dengan tonggak import pasukan itu, Gonzalo Cabrera.
Ia bermakna tiada lagi aksi pemain sayap prolifik dari Argentina itu bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia musim depan sejak menyertai Harimau Selatan pada tahun 2017.
Beraksi selama 5 tahun, Cabrera juga adalah calon pemain naturalisasi sepertimana yang didedahkan oleh Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Disember tahun lalu. Namun, perancangan itu nampaknya seperti tidak menjadi kenyataan berdasarkan kenyataan rasmi mengenai perpisahan dengan pemain itu.
“Ia merupakan sebuah pengalaman bersama yang akan sentiasa dikenang, memenangi pelbagai trofi dan menjaringkan begitu banyak gol untuk menjadi penjaring terbanyak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sepanjang zaman untuk Liga Super Malaysia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: