Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jemaah Menteri Cadang Pelajar 16 Tahun Ke Bawah Dilarang Guna ‘Smartphone’

today17 October 2025

Background
Jemaah Menteri Cadang Pelajar 16 Tahun Ke Bawah Dilarang Guna 'Smartphone'


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Jemaah Menteri hari ini mencadangkan tiga langkah segera bagi menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk kes buli dan jenayah melibatkan para pelajar yang semakin membimbangkan.

Menurut beliau, tiga langkah tersebut adalah meningkatkan pemantauan keselamatan di sekolah, larangan penggunaan telefon pintar kepada pelajar berusia 16 tahun ke bawah serta penambahbaikan kandungan pendidikan yang menekankan nilai dan akhlak, petik Berita Harian.

Baca Juga:

“Mesyuarat (Kabinet) hari ini menumpukan masa panjang terhadap isu pendidikan dan masalah disiplin pelajar yang membimbangkan ibu bapa serta masyarakat.

“Dalam hal seperti ini, kita tidak boleh ambil tindakan tergesa-gesa, ia kena teliti tetapi ada beberapa langkah yang boleh dilaksanakan segera,” kata beliau.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post