PETALING JAYA – Bersempena bulan Ramadan, Sunway Resort Hotel menawarkan barisan bufet Ramadan dengan tema ringkas, Jemput Makan tetapi sungguh berbeza dengan hidangan menu premium, eksklusif dan menyelerakan buat para tetamunya berbuka puasa.
Bertempat di restoran utama hotel tersebut iaitu Sunset Terrace, para tetamu berasa rambang mata untuk membuat pilihan sama ada mahu memilih hidangan daripada pembuka selera dahulu atau terus menikmati sajian pemanis mulut.
Itu belum dihitung daripada stesen langsung yang terdapat di luar, termasuk Kampung Nelayan, stesen Ikan Bakar yang diinspirasikan daripada kampung nelayan di pesisir pantai.
Di sini, makanan laut segar dipamerkan di dalam sampan tradisional, membolehkan tetamu memilih hasil tangkapan mereka untuk dibakar secara langsung.

Tarikan lain termasuk Sichuan Roasted Whole Lamb yang dihidangkan bersama nasi ghee beraroma.
Menurut pihak hotel, tema Jemput Makan lebih daripada sekadar sajian perayaan, tetapi seterusnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: