Site icon Kool FM

Jenazah Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat Bola Sepak




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Diego Maradona, seorang pemain bola sepak yang terkenal dengan aksi lincah di tengah padang difahamkan telah dikebumikan tanpa salah satu organ, iaitu jantung. Laporan ini diungkapkan melalui sebuah buku baharu yang ditulis oleh seorang doktor dan juga wartawan Argentina, Nelson Castro.

Memetik laporan The Times, Nelson yang muncul di acara televisyen Argentina untuk mempromosikan bukunya iaitu La salud de Diego: la verdadera historia (Kesihatan Diego: Kisah Benar) mendakwa, jantung pemain dan lagenda bola sepak Argentina itu dikeluarkan sebelum upacara pengebumian. Ia bertujuan untuk menghalang peminat bola sepak daripada menyerbu kuburnya dan mencuri organ dalaman Maradona.

“Ada sekumpulan [peminat pasukan Gimnasia y Esgrima La Plata] yang merancang untuk menceroboh masuk dan mengeluarkan jantungnya,” kata Castro. “[Rancangan] ini dikesan akan berlaku jadi jantungnya dikeluarkan.”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version