Perkembangan terkini di sebahagian negeri seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Seperti biasalah buat para penghuni beredar sambil mengangkut barang keperluan ke tempat yang lebih selamat sementara tunggu ia reda.
Namun, tular sebuah video yang mencuri perhatian pengguna media sosial di mana mempamerkan gelagat sekumpulan individu sedang bersungguh mengusung jentera berharga iaitu RXZ ke atas bot.
Menerusi video tersebut, rumah tersebut sudah ditenggelami dengan air banjir namun kelihatan beberapa individu cuba mengusung motor RXZ tersebut ke atas bot sementara yang lain sedia menahan bot agar kekal setempat.
Perkongsian video berkenaan ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen. Sebahagian netizen sempat memerli jika kalau ada individu yang sanggup menyelamatkan jentera RXZ serta memandang tinggi sehingga sanggup bergadai nyawa untuknya
Rumah tenggelam takpo, jange motor RXZ.😌
Kredit video : Himpunanceritalawak
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: