Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jepun Keluar Amaran Kepada Warganya Di Malaysia, Dakwa Kemungkinan Ada Ancaman Pengganas

today14 September 2021

Background


Kementerian Luar Jepun mengeluarkan amaran kepada semua rakyat negaranya yang berada di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Myanmar mengenai kemungkinan ancaman pengganas di sini, lapor BERNAMA.

Kedutaan Jepun semalam turut mengesahkan mengenai amaran terbabit yang meminta semua 31,000 warga Jepun yang tinggal di Malaysia untuk mengelak daripada berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan sesak.

Seorang pegawai kedutaan yang dihubungi BERNAMA tidak memperincikan maklumat yang diterima olehnya, tetapi mengesahkan bahawa kenyataan itu dikeluarkan pagi semalam kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia selepas mendapat arahan dari Tokyo.

Thai Enquirer pula melaporkan bahawa cubaan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai amaran terbabit turut dilakukan oleh Kementerian Luar Thailand, bagaimanapun jawapan sama diberikan, “Kementerian Luar Jepun tidak mengungkapkan sumber amaran ini dan kedutaan Jepun tidak memiliki informasi lebih lanjut,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman Nazirmuddin


Previous post