
Jepun mempamerkan aksi cukup bertenaga untuk membelasah Tunisia 4-0 pada aksi kedua Kumpulan F Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Estadio Monterrey, Mexico sebentar tadi.
Kemenangan itu melonjakkan Jepun di tangga kedua dengan empat mata untuk berkelebihan satu mata dihadapan Sweden.
Lebih menarik, aksi Jepun bertemu Tunisia ini adalah perlawanan ke-1000 dalam sejarah penganjuran Piala Dunia.
Jepun Garang Belasah Tunisia
Skuad kendalian Hajime Moriyasu itu tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan selepas Daichi Kamada membolosi gawang lawan seawal minit keempat.
Berpunca daripada hantaran lintang Keito Nakamura di sebelah kanan pintu gol Tunisia, Kamada menguis masuk bola untuk meletakkan Jepun dihadapan.
Tidak cukup dengan itu, skuad Samurai Biru terus menekan Tunisia dengan dua percubaan berbahaya pada minit keenam dan ke-10.
Bagaimanapun percubaan Ayase Ueda ketika sudah melepasi kawalan pertahanan lawan sekadar melambung tinggi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: