Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jho Low Dilapor ‘Cuba Nasib’ Mohon Gugur Kes 1MDB Daripada Donald Trump

today13 May 2026

Background
Jho Low Dilapor Cuba 'Nasib' Mohon Gugur Kes 1MDB Daripada Donald Trump


Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dilaporkan sedang memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), permohonan tersebut telah difailkan dalam tempoh beberapa minggu lalu dan sekiranya diluluskan, ia akan menggugurkan semua pertuduhan jenayah yang dihadapinya di Amerika Syarikat, petik Berita Harian.

Laman web Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat turut menyenaraikan satu permohonan yang masih diproses di bawah nama Taek Jho Low, yang dikategorikan sebagai ‘Pengampunan Selepas Tamat Tempoh Hukuman’ (Pardon after Completion of Sentence) dan difailkan pada tahun ini.

Agensi berita Reuters belum dapat mengesahkan laporan ini secara bebas, manakala seorang pegawai di Rumah Putih memaklumkan bahawa permohonan tersebut belum berada dalam radar atau perhatian mereka buat masa ini.

Jho Low kekal sebagai individu yang paling dikehendaki…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Jho Low dilapor mohon pengampunan Trump – WSJ

Washington: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dilaporkan sedang mengemukakan permohonan pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 May 2026