Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sedia maklum, kini sudah banyak kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap menerima vaksin dan pelbagai aktiviti turut dibenarkan di kawasan PKP fasa 1 termasuk berpiknik di tepi pantai.
Dalam satu perkongsian di group Facebook Banting, beberapa keping gambar memaparkan keadaan tandas awam yang baru dibuka di Pantai Morib, Selangor. Apa yang mengejutkan adalah tandas awam tersebut telah dicemari dengan sampah ditinggalkan oleh pengunjungnya.

Difahamkan, tandas awam tersebut baru sahaja siap dibina dan dibuka kepada umum. Dapat dilihat pampers ditinggalkan begitu sahaja tanpa dimasukkan dalam tong sampah atau dibawa pulang.
Lantaran itu, rata-rata netizen mengecam tindakan pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab dan tiada kesedaran sivik. Malah, para netizen turut mengatakan sikap tidak bermoral itu menunjukkan masih ada individu memiliki mentaliti kelas ketiga.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
