Sementara Perancis pilih untuk mengiktiraf negara Palestin, Presiden negara jiran pula mengambil inisiatif di luar fikiran dalam berbuat sedemikian.
Memetik Kompas, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, telah menyatakan bahawa Indonesia akan mengiktiraf Israel jika Israel mengiktiraf Palestin terlebih dahulu.
Kenyataan ini dibuat semasa beliau berucap di Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Kita harus menjamin status kenegaraan Palestin, tetapi Indonesia juga menyatakan bahawa jika Israel mengakui kemerdekaan dan kenegaraan Palestin, Indonesia akan langsung mengakui negara Israel, dan kita akan menjamin keselamatan Israel.”
Kenyataan ini menggariskan pendirian diplomatik Indonesia yang berprinsip dan bersyarat, di mana pengiktirafan terhadap Israel bergantung sepenuhnya kepada pengiktirafan Israel terhadap kedaulatan Palestin sebagai sebuah negara.
Kenyataan ini juga mengisyaratkan kesediaan Indonesia untuk memainkan peranan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
