Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

JKR Akan Pasang 385 Lampu Solar Di Lebuhraya Gerik-Jeli

today11 June 2025

Background
JKR Akan Pasang 385 Lampu Solar Di Lebuhraya Gerik-Jeli


Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memasang sebanyak 385 lampu jalan jenis solar di laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Pemasangan itu termasuklah di kawasan lokasi nahas bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Baca Juga:

Memetik Sinar Harian, Pengarah JKR Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata, keputusan pemberian tender bagi pemasangan lampu jalan tersebut dijangka diketahui pada Julai tahun ini, kira-kira sebulan dari sekarang.

Tambahnya lagi, kemalangan yang berlaku pada awal pagi Isnin itu bukan berpunca daripada keadaan jalan yang gelap.

Sebaliknya ia disebabkan kelajuan kenderaan seperti mana dilaporkan oleh pihak polis.

“Lampu jalan serta keadaan gelap bukan punca utama kemalangan. Kawasan tersebut juga telah mendapat peruntukan untuk diturap semula permukaan jalan serta garisan jalan.

“Pemantauan terkini di tapak mendapati permukaan jalan dalam keadaan baik dan tiada lubang. Perabot…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post