Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Jodoh Brad Maloney Dan Skuad B-23 Negara Berakhir

today13 July 2022

Background
Maloney




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kegagalan dalam saingan Sukan SEA Vietnam dan Kejuaraan AFC B-23 di Uzbekistan tempoh hari menyaksikan Brad Maloney terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat skuad bawah 23 (B-23) tahun negara.

Perkembangan terkini mengenai masa depan pengendali dari Australia itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan yang mengatakan kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk berpisah.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah melepaskan ketua jurulatih B-23 kebangsaan, Brad Maloney secara persetujuan bersama oleh kedua-dua belah pihak.”

“Ia dicapai selepas Maloney, 50, hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post