Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Lagu legenda Tiara nyanyian kumpulan Kris satu ketika dahulu ketika ini menjadi fenomena kembali terutamanya di Indonesia selepas ia dipopularkan kembali oleh penyanyi muda Raffa Affar.
Ia dinyanyikan dalam versi baharu yang ternyata berbeza dengan versi yang sebenar. Penerimaaan Tiara versi Raffa Ammar juga berbeza kerana rata-rata peminat di Malaysia pastinya menyukai versi yang asal dan peminat di negara seberang sukakan versi Raffa Ammar.

Vokalis kumpulan BumiPutra Rockers (BPR), Joey semalam menerusi perkongsian di Facebook telah berkongsikan satu video Smule seorang lelaki bernama Radhi menyanyikan lagu Tiara ini dalam versi Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Menurut Joey, beliau menyukai versi ini kerana ia unik dan kreatif.
“Tak semua cover tak bagus, tak semua cover merosakkan lagu. Kadang-kadang ada cover yang bagus, sedap dan kreatif. Yang ini, aku terpaksa puji. Suatu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
