Site icon Kool FM

John Hutchinson Bakal Kemudi Harimau Malaya?

Harimau Malaya


Angin semakin bertiup kencang mengenai siapakah yang bakal menjadi pilihan untuk diumumkan sebagai pengendali baharu skuad negara (Harimau Malaya).

Selepas nama Esteban Solari, Arthur Papas dan Peter Cklamovski, kini John Paul Hutchinson pula dikatakan semakin hampir untuk mengisi kerusi panas ditinggalkan Kim Pan-gon itu.

Baca Juga:

Perkembangan terkini itu disahkan sumber portal tanah air, Scoop yang mendedahkan bahawa jurulatih berusia 44 tahun dari Australia itu akan bergelar ketua jurulatih skuad negara.

Menurut laporan tersebut, kehadiran John Hutchinson akan diumumkan secara rasmi pada 15 Disember nanti.

“Sebelum ini, FAM mempertimbangkan beberapa pilihan, termasuk jurulatih yang berpengalaman mengendalikan pasukan kebangsaan ke Piala Dunia, tetapi gaji mereka akan menelan kos sekitar RM7 juta setahun.”

“Oleh itu, Hutchinson merupakan pilihan yang lebih bijak dan kos efektif, terutamanya memandangkan pengalamannya dan rekod…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version