Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Johor fokus naik taraf pelancongan pada Belanjawan 2024

today5 October 2023

Background


KULAI – Kerajaan Negeri Johor akan memberi tumpuan kepada naik taraf kemudahan pelancongan dalam pembentangan Belanjawan Johor 2024.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perincian mengenai kerja naik taraf itu akan diumumkan pada pembentangan November depan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Iskandar Puteri.

Katanya, Johor mempunyai banyak produk yang boleh menarik pelancong seperti Taman Negara Tanjung Piai di Pontian.

“Tanjung Piai adalah titik paling penghujung selatan di daratan Asia, atau lebih tepat benua Eurasia. Kita juga ada enam Taman Negara.

“Banyak yang perlu kita buat untuk menaik taraf produk pelancongan di Johor. Saya hendak memberi jaminan kepada industri pelancongan, semua fasiliti akan dinaik taraf dalam masa dua tahun akan datang di bawah kerajaan negeri pimpinan saya.

“Dalam pembentangan belanjawan itu juga saya akan menyentuh untuk pengangkutan awam, Johor Bersih dan Johor Selamat,” katanya semasa berucap pada Majlis Pembesaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHD SHARKAWI LONDING


Previous post