Site icon Kool FM

Johor Port labur RM140 juta perluas jeti cecair baharu


PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan
MMC, telah melancarkan kemudahan jeti cecairnya yang baharu dalam usaha syarikat menjadikan syarikat sebagai hab utama bagi kargo pukal cecair di Asia Tenggara.

Peluasan strategik jeti bernilai RM140 juta  yang telah bermula pada 2 Oktober 2023 itumelibatkan pembinaan dua jeti cecair tambahan yang direka khusus untuk
menampung kapal sehingga 120,000 DWT.

Pengerusi Johor Port, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, jeti tersebut dibina khas untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kapal pengangkut pukal cecair boleh dimakan yang lebih besar.

Menurutnya, kemudahan itu akan dapat meningkatkan kapasiti pengendalian dan kecekapan Johor Port sekali gus mengukuhkan peranannya dalam memacu perdagangan serantau dan pembangunan ekonomi sebagai Pelabuhan Pelbagai Guna Gerbang Selatan.

Kemudahan ini juga dibangunkan untuk menyokong operasi pelanggan Johor Port yang memainkan peranan penting dalam sektor minyak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version